Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 26, 2010

vanila's blended

lately,cuaca di kawasan puchong sangat panas,xtau la tempat lain (ckp mcm bkn dduk di malaysui je kan? haha) so mak princess ada la beli ice cream vanila sbb da lama tak makan ice cream..hehe..fikir punya fikir..nk buat ape yer dgn ice cream vanila tu..ting!!! kita blend...!
da lama xminum kan?dulu masa kat kolej rajin ja bli..sedap dimnum time balik dr klas..
jom tengok princess wat ice blended..xreti sgt tp hantam saja la..1st time gitu

  1. ramuan yg terpenting..mestila ice cream..xde ice cream..xjd la vanila's blended



  2. biskut oreo (tanpa inti) yg telah dipecah-pecahkan


  3. ais batu


  4. sedikit air supaya tak tersekat2 time blend



blend punya blend..take time dalam 3 minit kot
tada...da siap vanila's blended buatan sendiri..selamat mencuba ya :-)









Friday, January 15, 2010

jom kita sambung bab jadi tourist guide ni..sebenarnya penat jadi tourist guide ni..tp dalam penat sangat2 best tau..so 2nd day jd guide ni..cuba teka princess g mana?tada!!!..tempat ni 1st time tau princess pegi..dulu penah la plan nak pegi tapi tak kesampaian la katakan..princess bawa sedara g genting..tapi nak g genting ni memang plan sedara princess dari dulu lagi..kat thailand pon ada ala2 genting ni..nama dia "dreamworld"..dulu time kecik2 dulu pnah la sampai sane..mesti da banyak berubah kan..??

pegi genting ni (sbb xpnh pegi pon) princess ajak la member princess jadi tourist guide skali..sebab dia da banyak kali g sana.no hal la takkan sesatnye..hihi..

awal pagi sabtu..princess drive dan letak kreta kat kelana jaya..naik train trus ke gombak..da sampai gombak naik bas baru la naik skyway..alamak takut giler seyh naik benda alah tu..dah la gayat..huhu..mak princess tutup muka je sepanjang dalam skyway tu..
nak tengok gambar princess sepanjang perjalanan nak ke "Genting Highlands"?? (=_=) jom jom!


bas nak ke Goh Tong (klu xcilap la)

serius ja..dengar penerangan dari driver bas


1st and 2nd tourist guide..click!!! (wif faralia)



suka pic nie..cantik kan?mcm pnh bawa beca ja sblum nie


click selepas mamam KFC

sejuk sangat2..da xtau nk wat gaya ape lg

orang cakap bila da sampai sana kena ambil gambar dengan bas..baru la orang cakap da sampai genting :-)
end of da day..sampai umah da malam..memang penat gler..wawawa!!anyway best dapat pegi sana tapi kalau diberi peluang sekali lagi..xnak la pegi lagi..xkena dengan jiwa gitu..gayat! hihi :-)

tok tok tok..assalamualaikum..wah rasa macam lama ja kan princess xtulis pape dalam blog ni? lately sangat busy menguruskan dua orang si kecil kat rumah..and b4 that nak ucapkan happy new year, hopefully masih xterlambat la yer.. (+_+)

1st day of new year..kalau xsalah la ari jumaat, sedara princess nun jauh dari thailand datang la rumah..dengan harapan nak makan angin..(sane xde angin ke?hihi) so diorang sampai hari khamis malam dan plannya nak ke KLCC (nak naik skybridge) pada keesokannya..tapi kan disebabkan semua bangun lambat (7.30 a.m) xsempatla nak naik skybridge tu sebab kalau nak naik mesti kena sampai awal ambil tiket..tapi kan (tapi lg) sebab xnak kecewakan diorang, princess suggest la pegi untul ambil gambar pon ok gak, baru la orang ckap da sampi KL..(perumpamaan utk mengatakan da smpi KL la gitu)

jom tgk beberapa snapshot yang princess sempat ambil :-)



sempat lg mummy mamam oreo time yang lain tgh asyik bergambar :-)



tak banyak sangat gambar yang diambil sebab gambar banyak pakai camera sedara..hanya ada beberapa saja yang sempat princess snapshot dengan camera fon.anyway best dapat jadi tourist guide untuk sedara sendiri.....(",)












Thursday, January 14, 2010

salam..actually da lama princess xbka blog..busy dengan si cilik 2 org kat umah nie..
apa pun..tgh cari masa yang sesuai untuk menulis blog balik..ada byk cerita yang ingin dikongsikan bersama.. :-)

Tuesday, December 1, 2009

actually dari semalam lagi..chalelek macam meronta-ronta sakit(yang tersangat kuat) kesian tengok dia dengan kakinya yang patah tu..princess tak sampai hati tengok kucing kesayangan princess jadi macam tu..so princess masuk umah ajak mak princess bawa chalelek g jumpa doktor esok..mak princess cakap nanti akan bgtau kat abang (bwa ke hospital)

lepas tu princess turun bawah semula pg kat sangkar chalelek..princess letak kain dan air..sambil2 tu princess sempat usap2 kepala chalelek..(crying at that time) princess tak boleh la tengok keadaan kucing princess macamtu..macam dapat rasa kesakitan dia..

sambil2 usap kepala dia, chalelek letak kepala dia dekat tangan princess..lagi la laju air mata princes mengalir..(sedih sgt2)

pagi ni..lepas princess abih breakfast, princess keluar la nk g tengok chalelek..dan Ya Allah!!! chalelek da tak bergerak lagi..sedih sanagt2..princess tak sempat nak bawa dia pg jumpa doktor..

finally, sebelum princess pg kerja, princess usap kepala chalelek for the last time :-( princess tahu lepas ni princess takkan jumpa kucing macam chalelek lagi..

p/s : maaf dipinta andai selama penjagaan banyak salah dan kurang perhatian :-(

Monday, November 30, 2009

crocs...

hajat princess nak beli kasut memang da lama, cuma tunggu elaun masuk dan masa yang sesuai saja..so last saturday princess tunaikan juga niat princess nak beli kasut tu..dan almaklumla saiz kasut princess ni agak leceh dan susah nak dicari..ada kedai tertentu saja yang menawarkan saiz kaki princess yang comel montel mcmnie..hahaha

time sampai kat kedai..mula2 takda customer tp time princess tengah menerai-terai kasut..boom!!! ramai lak customer yang datang..so princess diabaikan kejap..(huhu) tapi takpe.. princess ambil peluang yang diabaikan oleh pelayan tu dengan mencuba banyak-banyak kasut..hahaha (mcm nak beli semua kasut ja)

da lama dok terai2 kasut..so ada satu yang jadi pilihan princess.. (^_^)

p/s: duit elaun semakin kehabisan disebabkan keborosan (",)

Sunday, November 29, 2009

movie again..


harini princess kuar g tgk wayang lagi..tp princess keluar dengan member princess, namanya umairah tp panggil myra aje..mula2 tu takde plak plan nk g tengok wayang tp tetba rasa bosan dok umh..so princess call myra ajak dia g tengok wayang..so ape lg myra ni jenis satu kepala dengan princess..dia on je la :-)

si myra ni nak tengok ninja assasin coz dia cakap trailer nya mcm best..princess ikut je sebab tak tau nk tengok cter ape..da selesai beli tiket, princess ajak la myra beli roti untuk dimakan dalam wayang..

sesampai ja kat King's..alamak!!!byk roti da abih..mcmne ni?princess dan myra mcm upset kejap sebab xbyk choice yg boleh dipilih..huhuhu :-( jadi kami terpaksa la pilih ape je yang ada..nk pergi kedai lain pon princess rasa mcm sama ja coz arini kan weekends..so ramai la manusia di shopping complex..


ini la roti yang sempat princess beli..yang myra punya xsempat nak snap ( sory ya myra) yang egg tart tu faveret princess..sedap tau (nyum nyum) tapi tak habis makan pun sebab tengok cter tu banyak sangat darah jadi terbantut selera princess..

nak tengok wajah myra yg cutie mutie?ni la myra yang princess maksudkan..dulu princess keja skali dengan myra..best keja dengan myra ni sebab dia ni satu kepala macam princess..seronok keluar dengan myra arini..da lama kn kita xjumpa..(^_^)

untuk cter ninja assasin nie..best la sebab banyak aksi yang nampak real dan banyak darah..princess bagi 10 bintang untuk "Ninja Assasin" ! nak cter lebih2 pergi la tengok sendiri..haha

















;;